Berita Berita
'Mungkin dari Kuala Langat hingga Sabak Bernam' - Selangor teroka tenaga nuklear, sasar mula kerja pembinaan menjelang 2030
SHAH ALAM 24 Nov – Selangor merancang menghantar 22 lagi pelajar ke China pada 2027 untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan nuklear, sebagai persediaan negeri meneroka penggunaan tenaga nuklear pada masa depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata penajaan pengajian di Harbin Engineering University (HEU) dan Tsinghua University itu sebahagian daripada kerangka pembangunan bakat negeri bagi tempoh 2025 hingga 2030.
"Seramai tiga pelajar dihantar pada September lalu untuk mengikuti pengajian sehingga 2029 dan kerajaan negeri merancang menghantar 22 lagi pelajar pada 2027, menjadikan keseluruhan 25 orang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Muhammad Izuan Kasim (PH–Kota Damansara) mengenai dasar tenaga nuklear Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Amirudin berkata persediaan awal kerajaan negeri turut merangkumi kajian, perancangan teknologi dan kerjasama dengan pihak berkaitan. Majlis Nuklear Selangor ditubuhkan bagi mengenal pasti pemain industri, pakar dan ahli akademik yang boleh menyumbang kepada usaha itu.
Anak syarikat kerajaan negeri, Worldwide Holdings (WWH), turut menubuhkan jawatankuasa dan pasukan khas untuk meneliti keperluan pembangunan serta persediaan awal, dengan sasaran memulakan kerja pembinaan fizikal menjelang 2030.
Mengenai lokasi loji, Amirudin berkata kawasan pesisir pantai dari Kuala Langat hingga Sabak Bernam sedang diteliti kerana loji memerlukan sumber air untuk penyejukan dan operasi. Katanya, tapak loji masih belum dimuktamadkan.
Selangor juga sedang meneliti model pembangunan tenaga nuklear Kazakhstan yang menggabungkan kepakaran beberapa negara, termasuk Perancis, China, Rusia dan Turkiye, bagi mengenal pasti pendekatan teknologi yang boleh diterapkan.
Berita berkaitan
November 24, 2026, 7:29 pm
Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun
November 24, 2026, 5:58 pm
Sembelih ayam di lorong belakang, buang sisa dalam longkang: DBKL tutup lima premis di Pasar Pudu
November 24, 2026, 5:39 pm
Pengusaha kantin MRSM Tun Ghafar Baba berdepan tindakan senarai hitam jika terbukti cuai
November 24, 2026, 5:32 pm
Polis rakam keterangan enam individu kes dakwaan gangguan seksual di set penggambaran
November 24, 2026, 5:20 pm
Rakyat Malaysia kini boleh perbaharui pasport menerusi aplikasi MyGOV Malaysia
November 24, 2026, 4:32 pm
