TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 24 Nov – Sasterawan Negara A Samad Said, yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), meninggal dunia pada jam 6.10 petang tadi. Beliau berusia 91 tahun. 

Pemergian tokoh yang mesra disapa Pak Samad itu dimaklumkan oleh anaknya, Helmy Samad, menerusi hantaran di media sosial.

“6.10 (petang).

“Innalillahi wainnailaihi rojiun.

“Bapa baru meninggal,” katanya ringkas.

A Samad Said menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985, menjadikannya Sasterawan Negara keempat.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia penulisan, beliau menghasilkan novel, puisi, drama dan esei yang menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan Melayu moden.

Antara karya beliau ialah Salina (1961), Sungai Mengalir Lesu (1967), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985), Hujan Pagi (1987) dan kumpulan puisi Liar di Api.

Sebelum menumpukan sepenuh masa kepada penulisan kreatif, beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan dan pengarang di beberapa akhbar, termasuk Utusan Melayu, Berita Harian dan New Straits Times.

Pak Samad turut aktif dalam gerakan masyarakat sivil dan pernah menjadi pengerusi bersama gabungan Bersih 2.0.

+ - reset