Berita Berita
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
KUALA LUMPUR 25 Nov – Negara penerima akan menentukan syarat dan jumlah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang boleh ditempatkan di negara masing-masing selepas peringkat transit selesai.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata proses penempatan semula ke negara ketiga itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan negara penerima mengenai jumlah yang sanggup diterima pada satu-satu masa.
Katanya, penempatan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab Malaysia sebagai negara yang mengutamakan hak asasi manusia.
"Dalam masa yang sama, pendekatan kawalan sempadan negara pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada pembinaan tembok dan pagar, tetapi turut membabitkan penggunaan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI), dron dan sistem pemantauan pintar.
"Di samping itu, kerajaan turut memutuskan supaya tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil terhadap warga Malaysia yang menjadi enabler kepada warga asing yang melakukan kesalahan di Malaysia.
"Ia termasuk tindakan terhadap individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen, tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT), serta terhadap pemilik tanah atau premis yang membenarkan aktiviti berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA–Muar) mengenai pendirian rasmi kerajaan dalam membanteras kemasukan pelarian serta tindakan susulan yang perlu diambil UNHCR selepas peringkat transit selesai.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan seramai 227,414 pelarian dan pemohon suaka didaftarkan melalui UNHCR di Malaysia setakat 30 September lalu.
Daripada jumlah itu, 205,273 orang atau 90.2 peratus berasal dari Myanmar, termasuk 132,400 pelarian etnik Rohingya.
Menurutnya, rekod UNHCR menunjukkan pemegang kad itu berada di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan jumlah tertinggi di Selangor iaitu 74,028 orang (33 peratus), diikuti Kuala Lumpur dengan 47,333 orang (21 peratus) dan Pulau Pinang dengan 25,357 orang (11 peratus).
Berita berkaitan
November 25, 2026, 11:07 am
JAIPk siasat dakwaan pengurusan masjid enggan terima jenazah bukan ahli khairat kematian – Saarani
November 25, 2026, 10:49 am
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
November 25, 2026, 10:19 am
A Samad Said sering kirim surat, karya sastera kepada Anwar ketika di penjara
November 25, 2026, 9:55 am
PKR sah tidak bertanding dalam PRN Sarawak
November 25, 2026, 9:36 am
MCMC saman Google RM300 juta gagal padam video fitnah Papagomo di Youtube
November 24, 2026, 10:41 pm
‘Saya sendiri galakkan, jangan pertikai pelajar MRSM mengadu terus kepada saya' – Asyraf Wajdi
November 24, 2026, 10:31 pm
MyGov Malaysia bakal himpun semua perkhidmatan kerajaan dalam satu aplikasi - Gobind
November 24, 2026, 9:51 pm
Kerajaan perlu lebih pantas, baki setahun perlu diguna untuk percepat reformasi – Saifuddin
November 24, 2026, 7:29 pm
