Berita Berita
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
KEPALA BATAS 25 Nov – Dua kereta yang sama warna dan jenis mencetuskan salah faham di sebuah stesen minyak di Kampung Paya pada pagi Selasa apabila seorang lelaki tersilap membuka pintu kereta milik wanita yang kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, berkata wanita itu mendakwa menjadi mangsa cubaan samun ketika berada di stesen minyak berkenaan.
Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati lelaki itu tersilap membuka pintu kereta wanita berkenaan kerana kedua-dua kenderaan mempunyai warna dan jenis yang sama.
"Lelaki berkenaan sebenarnya datang ke stesen minyak itu untuk mengisi minyak kenderaannya sendiri.
"Bagaimanapun dia tersalah kereta kerana keretanya dengan kereta pengadu mempunyai warna yang sama. Sehubungan itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu tular di media sosial dan mencetuskan dakwaan cubaan samun.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki menghampiri sebuah kereta merah sebelum berada di sisi pintu kenderaan berkenaan, manakala seorang lagi individu kelihatan berhampiran pam minyak.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 11:07 am
JAIPk siasat dakwaan pengurusan masjid enggan terima jenazah bukan ahli khairat kematian – Saarani
November 25, 2026, 10:33 am
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
November 25, 2026, 10:19 am
A Samad Said sering kirim surat, karya sastera kepada Anwar ketika di penjara
November 25, 2026, 9:55 am
PKR sah tidak bertanding dalam PRN Sarawak
November 25, 2026, 9:36 am
MCMC saman Google RM300 juta gagal padam video fitnah Papagomo di Youtube
November 24, 2026, 10:41 pm
‘Saya sendiri galakkan, jangan pertikai pelajar MRSM mengadu terus kepada saya' – Asyraf Wajdi
November 24, 2026, 10:31 pm
MyGov Malaysia bakal himpun semua perkhidmatan kerajaan dalam satu aplikasi - Gobind
November 24, 2026, 9:51 pm
Kerajaan perlu lebih pantas, baki setahun perlu diguna untuk percepat reformasi – Saifuddin
November 24, 2026, 7:29 pm
