Berita Berita
Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin Perlembagaan, soalan dakwa terancam terlalu umum – Azalina
KUALA LUMPUR, 25 Nov. – Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, manakala soalan di Parlimen berhubung dakwaan hak tersebut sedang terancam disifatkan terlalu umum serta bersifat mencari pandangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC), pertanyaan berkenaan adalah tidak selaras dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dan 23(1)(s) Dewan Rakyat.
Menurutnya dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah serta Sarawak, di samping kepentingan sah komuniti lain, sememangnya terpelihara di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menambah, sebarang pindaan terhadap peruntukan tersebut turut tertakluk kepada mekanisme yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk keperluan mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159(5).
Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin mengetahui sama ada kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan benar-benar terancam.
Terdahulu, Pang turut mempersoalkan mengapa segelintir pemimpin masih terus memainkan naratif sedemikian sekiranya dakwaan itu tidak benar, serta langkah kerajaan bagi menangani naratif yang boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 25, 2026, 11:41 am
Sepasang kekasih ditahan berkhalwat selepas tinggal bersama enam bulan di Pasir Gudang
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 25, 2026, 11:07 am
JAIPk siasat dakwaan pengurusan masjid enggan terima jenazah bukan ahli khairat kematian – Saarani
November 25, 2026, 10:49 am
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
November 25, 2026, 10:33 am
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
November 25, 2026, 10:19 am
A Samad Said sering kirim surat, karya sastera kepada Anwar ketika di penjara
November 25, 2026, 9:55 am
