Berita Berita
Hentian bas dirobohkan selepas dicat, NGO patut rujuk PBT sebelum mula kerja 'amal' - Timbalan Menteri Besar Kelantan
KOTA BHARU 25 Nov – Kerajaan Kelantan menyarankan badan bukan kerajaan (NGO) merujuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti membersih dan menghias hentian bas bagi mengelakkan salah faham.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata saranan itu susulan isu sebuah hentian bas di Kota Bharu yang dibersihkan dan dicat oleh kumpulan sukarelawan Hiyaz Community sebelum dirobohkan.
Beliau berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sudah mempunyai perancangan dan peruntukan untuk membaik pulih hentian bas di bandar itu, termasuk hentian yang menjadi isu.
"MPKB-BRI bukan sahaja mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, malah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Jadi di sini mungkin ada sedikit salah faham.
"Jadi saya rasa dalam hal itu, untuk mengelakkan daripada berlaku salah faham, mana-mana pihak NGO boleh merujuk dan bekerjasama dengan MPKB-BRI," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kilang Memproses Minyak Liquid Palm Edible Oils Sdn Bhd (LPEO) di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, dan Pengarah Urusan Kumpulan Ikhasas, Ir Tan Chee Kian.
Mohamed Fadzli berkata, NGO yang mahu membersihkan hentian bas, misalnya, boleh menyemak terlebih dahulu dengan MPKB-BRI sama ada lokasi itu terbabit dalam kerja yang sudah dirancang.
"Ini kerana kita tidak mahu berlaku (salah faham) sebegini. Tempat itu nak dirobohkan, tiba-tiba ada NGO (Hiyaz Community) datang bersihkan.
"Apabila dirobohkan, jadilah sebegitu (salah faham). Jadi saya rasa isu sebegitu boleh kita elakkan sekiranya ada persefahaman antara pihak NGO dengan pihak berautoriti," katanya.
Terdahulu, Hiyaz Community meluahkan rasa kesal selepas hentian bas yang baru dicat dan dibersihkan kumpulan itu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh didakwa dirobohkan.
Susulan itu, MPKB-BRI menerusi Facebook memaklumkan projek naik taraf dan baik pulih hampir 50 hentian bas di bandar ini dijangka siap bulan depan. Projek itu menggunakan peruntukan termasuk daripada KPKT.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 11:41 am
Sepasang kekasih ditahan berkhalwat selepas tinggal bersama enam bulan di Pasir Gudang
November 25, 2026, 11:27 am
Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin Perlembagaan, soalan dakwa terancam terlalu umum – Azalina
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 25, 2026, 11:07 am
JAIPk siasat dakwaan pengurusan masjid enggan terima jenazah bukan ahli khairat kematian – Saarani
November 25, 2026, 10:49 am
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
November 25, 2026, 10:33 am
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
November 25, 2026, 10:19 am
A Samad Said sering kirim surat, karya sastera kepada Anwar ketika di penjara
November 25, 2026, 9:55 am
