Berita Berita
Sepasang kekasih ditahan berkhalwat selepas tinggal bersama enam bulan di Pasir Gudang
PASIR GUDANG, 25 Nov. – Sepasang kekasih ditahan atas kesalahan berkhalwat selepas didapati tinggal bersama seperti suami isteri selama enam bulan di sebuah rumah teres satu tingkat di sini awal pagi semalam.
Pasangan masing-masing berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam serbuan kira-kira jam 1.50 pagi di sebuah taman perumahan di daerah ini.
Menurut JAINJ dalam satu kenyataan, pihak penguat kuasa terpaksa memotong mangga kunci bagi membuka pintu pagar besi rumah berkenaan selepas menunggu kira-kira 35 minit tanpa sebarang respons daripada penghuni walaupun beberapa ketukan dan amaran tegas telah diberikan.
Setelah pintu pagar dibuka, seorang lelaki yang memakai seluar panjang dan baju-T muncul di muka pintu sebelum penguat kuasa memperkenalkan diri dan memasuki ruang tamu rumah yang berada dalam keadaan gelap.
Pemeriksaan lanjut di bilik utama yang tidak berkunci kemudian menemukan seorang wanita berpakaian seluar panjang dan baju-T sedang berbaring di atas katil dengan keadaan cadar serta bantal yang berselerakan, manakala dua lagi bilik di rumah tersebut tidak berpenghuni.
Selain penemuan pakaian lelaki dan wanita yang bercampur di dalam almari, hasil soal siasat mendapati lelaki bujang berasal dari Selangor yang bekerja di daerah ini dan wanita dari Johor Bahru tersebut mula berkenalan menerusi media sosial kira-kira lima tahun lalu.
Pasangan itu mengaku berkongsi membayar sewa rumah berkenaan pada kadar RM1,000 sebulan sejak enam bulan lepas walaupun tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah serta belum menetapkan sebarang tarikh untuk bernikah.
JAINJ memaklumkan kedua-dua individu tersebut ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 25, 2026, 11:46 am
Lari daripada acuan seram klise, filem ‘IGAU’ tampilkan kisah mistik hutan Sungai Gabai
November 25, 2026, 11:27 am
Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin Perlembagaan, soalan dakwa terancam terlalu umum – Azalina
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 25, 2026, 11:07 am
JAIPk siasat dakwaan pengurusan masjid enggan terima jenazah bukan ahli khairat kematian – Saarani
November 25, 2026, 10:49 am
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
November 25, 2026, 10:33 am
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
November 25, 2026, 10:19 am
