TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan teliti cadangan namakan jalan di ibu negara sempena Allahyarham A Samad Said – Fahmi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 25 Nov. – Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan menamakan semula salah satu jalan di ibu negara sempena nama Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Seri A Samad Said sebagai penghormatan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang kesusasteraan dan kewartawanan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, cadangan yang dikemukakan oleh tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin itu akan diteliti bersama beberapa inisiatif lain bagi mengenang jasa Allahyarham yang menyifatkan tokoh berkenaan sebagai sasterawan serta wartawan luar biasa.

Menurutnya ketika ditemui selepas solat jenazah Allahyarham di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di sini hari ini, karya-karya agung Allahyarham juga wajar diberi perhatian dan diperkenalkan semula kepada generasi muda termasuk Gen Z serta Gen Alpha.

Beliau memaklumkan telah berbincang dengan anak Allahyarham, Az berhubung keperluan keluarga meneliti aspek berkaitan hak cipta serta usaha pemuliharaan hasil penulisan tokoh tersebut.

Selain itu, Fahmi berpandangan terdapat kewajaran untuk mewujudkan sebuah galeri khas bagi mengenang jasa serta menghimpunkan koleksi karya Allahyarham, sambil menegaskan penghayatan terhadap hasil penulisan dan perjuangan Allahyarham sebagai pejuang hak rakyat merupakan perkara paling utama yang tidak harus dilupakan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset