Berita Berita
Reformasi pendidikan perlu diteruskan tidak kira siapa pun menterinya – Fadhlina
PUTRAJAYA 25 Nov – Perubahan yang dapat dilihat dalam bilik darjah dan dalam hubungan antara guru dengan murid perlu menjadi ukuran reformasi pendidikan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, reformasi yang digariskan dalam dokumen dan dasar perlu diterjemahkan kepada tindakan serta diamalkan secara berterusan oleh seluruh warga pendidikan, tanpa bergantung kepada individu yang memegang jawatan menteri.
Katanya, kesinambungan usaha itu memerlukan iltizam bersama guru, pemimpin sekolah, pegawai pendidikan dan anggota kumpulan pelaksana.
“Ia mesti menjadi budaya dan seluruh ekosistem pendidikan negara.
“Kita perlu terus berani menilai, memperbaiki dan memastikan setiap perubahan membawa hasil kepada anak-anak kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Nyala 2026: Kisah Reformasi Pendidikan, hari ini.
Fadhlina berkata, usaha memperkukuh reformasi memerlukan kerja keras semua pihak yang komited terhadap pembangunan pendidikan negara.
Menurutnya, setiap perubahan perlu memastikan tiada murid tercicir daripada peluang pendidikan, selain memberi manfaat kepada anak-anak, keluarga dan masa depan negara.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
November 25, 2026, 2:33 pm
'Kita ada setahun lagi' - Anwar ikrar perbaiki prestasi kerajaan MADANI dalam baki penggal
November 25, 2026, 1:58 pm
JPJ Kelantan tangkap sekurang-kurangnya lima Rohingya sehari langgar undang-undang trafik
November 25, 2026, 1:01 pm
Kerajaan teliti cadangan namakan jalan di ibu negara sempena Allahyarham A Samad Said – Fahmi
November 25, 2026, 12:56 pm
Wanita rekod 60 peratus mangsa penipuan dalam talian, pelajar ramai terlibat akaun keldai – Saifuddin
November 25, 2026, 11:46 am
Lari daripada acuan seram klise, filem ‘IGAU’ tampilkan kisah mistik hutan Sungai Gabai
November 25, 2026, 11:41 am
