Berita Berita
'Kalau tak datang ke sekolah, jangan beri duit itu' - Anwar mahu ibu bapa hadir ke sekolah ambil BAP RM200, jumpa guru bincang pasal anak
PUTRAJAYA 25 Nov – Ibu bapa diminta hadir ke sekolah ketika penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM200 tahun depan supaya mereka dapat bertemu guru dan mengetahui perkembangan pembelajaran serta disiplin anak masing-masing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu tidak akan dihantar terus ke rumah kerana kerajaan mahu ibu bapa mengambil tahu keadaan anak-anak di sekolah dan mendapatkan nasihat daripada guru.
“Kerana kita mahu ibu bapa itu tahu sekolah anaknya, jumpa guru-guru dan guru boleh beri nasihat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Prakarsa AI Pendidikan Negara: AI Temu AI di sini, pada Rabu.
Anwar turut meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengatur pertemuan antara guru, murid dan ibu bapa supaya pihak sekolah dapat berkongsi maklumat mengenai tingkah laku serta perkembangan anak-anak.
“Kalau tak datang ke sekolah, Fadhlina, (Menteri Pendidikan), jangan bagi wang itu,” tegasnya.
Beliau berkata, ibu bapa dan pihak sekolah berkongsi tanggungjawab mendidik anak-anak, termasuk dalam membentuk disiplin dan akhlak mereka.
“Mana mungkin keluarga diserah 100 peratus mendidik anak ke sekolah? Salah. Ibu bapa mempunyai juga tanggungjawab,” katanya.
Menurut Anwar, kerjasama ibu bapa juga diperlukan dalam menangani isu disiplin dan buli serta membimbing tingkah laku anak-anak.
Dalam ucapan sama, beliau berkata, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan perlu membantu murid menambah pengetahuan sambil terus mengukuhkan kemahiran asas seperti membaca dan mengira.
Katanya, pembentukan nilai dan akhlak perlu terus diberi perhatian supaya pendidikan melahirkan insan yang baik dan berdisiplin.
“AI bukan menguasai kita. Kita yang harus menguasai AI," katanya.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
November 25, 2026, 2:33 pm
'Kita ada setahun lagi' - Anwar ikrar perbaiki prestasi kerajaan MADANI dalam baki penggal
November 25, 2026, 1:58 pm
JPJ Kelantan tangkap sekurang-kurangnya lima Rohingya sehari langgar undang-undang trafik
November 25, 2026, 1:23 pm
Reformasi pendidikan perlu diteruskan tidak kira siapa pun menterinya – Fadhlina
November 25, 2026, 1:01 pm
Kerajaan teliti cadangan namakan jalan di ibu negara sempena Allahyarham A Samad Said – Fahmi
November 25, 2026, 12:56 pm
Wanita rekod 60 peratus mangsa penipuan dalam talian, pelajar ramai terlibat akaun keldai – Saifuddin
November 25, 2026, 11:46 am
Lari daripada acuan seram klise, filem ‘IGAU’ tampilkan kisah mistik hutan Sungai Gabai
November 25, 2026, 11:41 am
