Berita Berita
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
PUTRAJAYA 25 Nov – Guru, pengetua dan guru besar diminta menetapkan judul buku untuk dibaca murid sepanjang cuti sekolah bagi memupuk budaya membaca dan memperluas pengetahuan generasi muda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata murid digalakkan membaca sekurang-kurangnya dua judul buku sepanjang cuti itu.
Beliau meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menyampaikan peringatan berkenaan kepada pihak sekolah supaya amalan membaca terus dipupuk seiring perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Bulan Disember cuti. Saya nak minta Menteri, Ketua Pengarah Pendidikan berikan peringatan kepada semua guru dan pengetua dan guru besar pastikan ada kalau cuti dua bulan atau satu bulan setengah, anak-anak mesti diberi judul buku yang wajib dibaca,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara: “AI TEMU AI” di sini, hari ini.
Anwar turut mengajak ibu bapa memantau anak masing-masing bagi memastikan mereka menunaikan janji membaca dua buku sepanjang cuti sekolah.
Mengenai penggunaan AI dalam pendidikan, beliau berkata, kemahiran asas seperti membaca dan mengira perlu terus diperkukuh. Pada masa sama, pendedahan awal kepada AI penting supaya murid lebih biasa dengan perkembangan teknologi baharu.
Beliau turut mengingatkan KPM dan guru supaya menggunakan AI untuk mendidik murid dengan memberi perhatian kepada pembentukan akhlak, penghayatan agama, budaya dan sopan santun.
“Tetapi kementerian, para guru harus diperingatkan, sentiasa ingatkan supaya kita ini menggunakan teknologi canggih AI, ilmu ini untuk mendidik manusia, bukan mendidik mesin.
“Ada bezanya. Bukan mesin, tetapi manusia. Yang manusia ini ada akhlaknya, ada agamanya, ada budayanya, ada sopan santunnya,” katanya.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:33 pm
'Kita ada setahun lagi' - Anwar ikrar perbaiki prestasi kerajaan MADANI dalam baki penggal
November 25, 2026, 1:58 pm
JPJ Kelantan tangkap sekurang-kurangnya lima Rohingya sehari langgar undang-undang trafik
November 25, 2026, 1:23 pm
Reformasi pendidikan perlu diteruskan tidak kira siapa pun menterinya – Fadhlina
November 25, 2026, 1:01 pm
Kerajaan teliti cadangan namakan jalan di ibu negara sempena Allahyarham A Samad Said – Fahmi
November 25, 2026, 12:56 pm
Wanita rekod 60 peratus mangsa penipuan dalam talian, pelajar ramai terlibat akaun keldai – Saifuddin
November 25, 2026, 11:46 am
Lari daripada acuan seram klise, filem ‘IGAU’ tampilkan kisah mistik hutan Sungai Gabai
November 25, 2026, 11:41 am
