Berita Berita
JPJ Kelantan tangkap sekurang-kurangnya lima Rohingya sehari langgar undang-undang trafik
KOTA BHARU 25 Nov – Memandu kereta milik penduduk tempatan tanpa lesen memandu yang sah antara aduan paling kerap diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berhubung kesalahan trafik membabitkan individu etnik Rohingya.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata sekurang-kurangnya lima individu etnik Rohingya ditahan setiap hari atas pelbagai kesalahan trafik menerusi operasi penguatkuasaan di seluruh negeri.
Katanya, kebanyakan penahanan dibuat di Kota Bharu menerusi beberapa siri operasi yang menyasarkan pemandu warga asing yang melanggar peraturan jalan raya.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius pelanggaran peraturan jalan raya membabitkan individu etnik Rohingya dan warga asing lain.
"Operasi terhadap mereka dijalankan sepanjang masa di lokasi yang dikenal pasti menjadi sasaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Misuari berkata, JPJ Kelantan turut menerima banyak maklumat berhubung warga asing yang didakwa melanggar peraturan pengangkutan jalan raya.
"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang," katanya.
Beliau berkata, antara kesalahan lain yang dikesan ialah menggunakan motosikal dengan cukai jalan tamat tempoh dan menunggang tanpa perlindungan insurans yang sah.
Katanya, JPJ Kelantan akan meneruskan operasi bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan trafik serta kenderaan yang digunakan mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans yang sah.
Sumber: Harian Metro
Berita berkaitan
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
November 25, 2026, 2:33 pm
'Kita ada setahun lagi' - Anwar ikrar perbaiki prestasi kerajaan MADANI dalam baki penggal
November 25, 2026, 1:23 pm
Reformasi pendidikan perlu diteruskan tidak kira siapa pun menterinya – Fadhlina
November 25, 2026, 1:01 pm
Kerajaan teliti cadangan namakan jalan di ibu negara sempena Allahyarham A Samad Said – Fahmi
November 25, 2026, 12:56 pm
Wanita rekod 60 peratus mangsa penipuan dalam talian, pelajar ramai terlibat akaun keldai – Saifuddin
November 25, 2026, 11:46 am
Lari daripada acuan seram klise, filem ‘IGAU’ tampilkan kisah mistik hutan Sungai Gabai
November 25, 2026, 11:41 am
