Berita Berita
'Kita ada setahun lagi' - Anwar ikrar perbaiki prestasi kerajaan MADANI dalam baki penggal
PUTRAJAYA 25 Nov – Genap empat tahun menerajui negara semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikrar memanfaatkan baki lebih setahun penggal pentadbiran untuk memperbaiki prestasi kerajaan MADANI.
Beliau berkata, kerajaan akan terus berusaha melaksanakan amanah yang diberikan dan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan prestasi pentadbiran bagi memastikan rakyat dan negara mendapat khidmat terbaik.
"Insya-Allah kita akan buat sebaik mungkin dan kita perbaiki prestasi kita.
"Kita ada setahun lebih lagi," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, Timbalannya, Wong Kah Woh, dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.
Menerusi perkongsian di media sosial sebelum ini, Anwar menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat atas kesabaran, teguran, doa dan kepercayaan yang diberikan sepanjang empat tahun beliau menggalas amanah menerajui kerajaan MADANI.
Beliau turut menyifatkan empat tahun itu sebagai tempoh yang panjang sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketika negara berdepan pelbagai cabaran getir.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
November 25, 2026, 1:58 pm
JPJ Kelantan tangkap sekurang-kurangnya lima Rohingya sehari langgar undang-undang trafik
November 25, 2026, 1:23 pm
Reformasi pendidikan perlu diteruskan tidak kira siapa pun menterinya – Fadhlina
November 25, 2026, 1:01 pm
Kerajaan teliti cadangan namakan jalan di ibu negara sempena Allahyarham A Samad Said – Fahmi
November 25, 2026, 12:56 pm
Wanita rekod 60 peratus mangsa penipuan dalam talian, pelajar ramai terlibat akaun keldai – Saifuddin
November 25, 2026, 11:46 am
Lari daripada acuan seram klise, filem ‘IGAU’ tampilkan kisah mistik hutan Sungai Gabai
November 25, 2026, 11:41 am
