TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke, minta bercuti terlebih dahulu

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 25 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dan meminta Setiausaha Agung DAP itu supaya bercuti terlebih dahulu.

Anwar berkata, beliau sudah bertemu Loke yang memaklumkan alasan di sebalik keputusannya sebelum ini, namun menasihatkan beliau mengambil tempoh bercuti buat masa ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara di sini hari ini ketika diminta mengulas status terkini Loke dalam barisan Kabinet.

Mengulas mengenai kelancaran operasi serta pelaksanaan tugas di Kementerian Pengangkutan sepanjang ketiadaan Loke, Anwar menjelaskan kementerian berkenaan mempunyai Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) serta barisan pengurusan tertinggi untuk mengendalikan urusan pentadbiran mengikut peraturan sedia ada, selain turut dipantau oleh beliau sendiri buat sementara waktu.

Pada 10 November lalu, Loke mengumumkan peletakan jawatannya daripada Kabinet susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah bermula pada hari sama. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset