Berita Berita
Jadual waktu solat Selangor ubah mengikut daerah mulai 1 Januari 2027 – Mufti
SHAH ALAM, 25 Nov. – Jadual waktu solat di seluruh Selangor akan diubah mengikut daerah berbanding penggunaan tiga zon sebelum ini bermula 1 Januari 2027.
Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, perubahan tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan ketepatan waktu solat berdasarkan kedudukan geografi sembilan daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Menurutnya ketika ditemui pada Program Taklimat Perubahan Zon Waktu Solat Negeri Selangor Berdasarkan Daerah di sini hari ini, penetapan jadual tersendiri bagi setiap daerah itu dibuat susulan aduan serta semakan yang mendapati berlaku laungan azan tidak konsisten pada bulan Ramadan sehingga mengganggu ibadah puasa umat Islam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam di negeri ini supaya tidak khuatir dan merujuk jadual waktu solat baharu bagi tahun 2027 yang telah disediakan menerusi laman sesawang rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Anhar turut memaklumkan pihaknya akan mempergiat penerangan kepada setiap kariah di seluruh negeri selain sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengemas kini jadual baharu berkenaan ke dalam aplikasi Iman. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 25, 2026, 7:50 pm
'Mangsa sawan, lebam di muka' - Bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh
November 25, 2026, 7:03 pm
RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai esok
November 25, 2026, 6:18 pm
Mahkamah larang 5 pihak termasuk peguam bela keluar kenyataan kes Mohd Shuhaily
November 25, 2026, 4:23 pm
‘Transit di Malaysia sampai bila?’ - Syed Saddiq persoal penempatan pelarian ke negara ketiga
November 25, 2026, 4:10 pm
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke, minta bercuti terlebih dahulu
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
November 25, 2026, 2:33 pm
