Berita Berita
RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai esok
KUALA LUMPUR 25 Nov – Harga petrol RON97 turun kepada RM3.75 seliter mulai 26 November, manakala RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun kepada RM3.47 dan RM4.47 seliter.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketiga-tiga harga runcit itu turun 25 sen seliter bagi tempoh 26 November hingga 2 Disember, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Sebelum ini, RON97 dijual pada RM4 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi pada RM3.72 seliter dan diesel tanpa subsidi pada RM4.72 seliter.
MOF berkata, harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menyederhana sepanjang tempoh pengiraan APM, sekali gus meredakan tekanan harga dalam pasaran petroleum antarabangsa.
"Pada masa sama, prospek peningkatan bekalan minyak mentah global turut mempengaruhi penyusutan harga minyak dunia. Bagaimanapun, bekalan produk petroleum bertapis masih berdepan dengan beberapa kekangan di pasaran tertentu.
"Ketidaktentuan geopolitik dan risiko gangguan penghantaran petroleum masih boleh menjejaskan bekalan global. Sehubungan dengan itu, harga petroleum dunia dijangka terus mengalami turun naik dalam tempoh terdekat," menurut kenyataan itu.
MOF berkata, kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM40 bilion bagi subsidi bahan api tahun depan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup. Subsidi bersasar BUDI MADANI akan diteruskan bagi melindungi rakyat dan perniagaan.
Penerima yang layak di bawah BUDI95 terus menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter. Kerajaan menanggung perbezaan RM1.48 seliter, bersamaan 43 peratus daripada harga tanpa subsidi.
Bagi BUDI Diesel, penerima yang layak terus membayar RM2.10 seliter. Kerajaan menanggung subsidi RM2.37 seliter, bersamaan 53 peratus daripada harga tanpa subsidi.
Harga petrol di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter.
Menurut MOF, rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli bahan api bersubsidi melalui BUDI95 dan BUDI Diesel menggunakan MyKad, tertakluk pada had kelayakan bulanan.
Kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemat bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga serta memastikan bekalan bahan api negara mencukupi dan terjamin.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 7:50 pm
'Mangsa sawan, lebam di muka' - Bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh
November 25, 2026, 6:18 pm
Mahkamah larang 5 pihak termasuk peguam bela keluar kenyataan kes Mohd Shuhaily
November 25, 2026, 4:23 pm
‘Transit di Malaysia sampai bila?’ - Syed Saddiq persoal penempatan pelarian ke negara ketiga
November 25, 2026, 4:17 pm
Jadual waktu solat Selangor ubah mengikut daerah mulai 1 Januari 2027 – Mufti
November 25, 2026, 4:10 pm
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke, minta bercuti terlebih dahulu
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
November 25, 2026, 2:33 pm
