Berita Berita
‘Transit di Malaysia sampai bila?’ - Syed Saddiq persoal penempatan pelarian ke negara ketiga
KUALA LUMPUR 25 Nov – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan berapa lama Malaysia akan terus menjadi negara transit bagi pelarian selepas jumlah yang berlepas ke negara ketiga menerusi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menurun kira-kira 80 peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya.
Beliau sekali lagi membangkitkan peranan kerajaan Malaysia dan UNHCR dalam menangani kemasukan serta penempatan pelarian, sambil berkata rakyat Malaysia sudah lama memikul beban susulan isu itu.
"Soalan saya berkenaan UNHCR dijawab secara bertulis oleh Timbalan Perdana Menteri dan ini jawapan balas saya.
"Katanya Malaysia cuma negara transit. Transit sampai bila? Pada 2024, sebanyak 7,012 pelarian (daripada lebih 200,000) berlepas ke negara ketiga melalui UNHCR, namun hanya 1,365 pada 2025 iaitu jatuh 80 peratus.
"Bahkan tiga bulan pertama 2026, cuma 323 orang. Bila UNHCR dan negara penerima nak tunaikan janji mereka?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab secara bertulis pertanyaan Syed Saddiq di Dewan Rakyat mengenai pendirian rasmi kerajaan dalam membanteras kemasukan pelarian dan tindakan yang perlu diambil UNHCR selepas tempoh transit berakhir.
Ahmad Zahid berkata, pemegang kad UNHCR akan dijadualkan untuk ditempatkan di negara ketiga selepas tempoh transit selesai, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menunaikan tanggungjawabnya dalam mengutamakan hak asasi manusia.
Beliau menjelaskan bahawa proses penempatan itu bergantung sepenuhnya kepada negara penerima, yang mempunyai kuasa menentukan syarat dan jumlah pemegang kad UNHCR yang boleh diterima pada satu-satu masa.
Susulan jawapan itu, Syed Saddiq turut mempersoalkan langkah yang akan diambil Malaysia sekiranya UNHCR dan negara penerima gagal memenuhi komitmen penempatan semula pelarian.
"Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia sekiranya mereka gagal memenuhi komitmen yang telah dijanjikan?" soalnya.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 7:50 pm
'Mangsa sawan, lebam di muka' - Bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh
November 25, 2026, 7:03 pm
RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai esok
November 25, 2026, 6:18 pm
Mahkamah larang 5 pihak termasuk peguam bela keluar kenyataan kes Mohd Shuhaily
November 25, 2026, 4:17 pm
Jadual waktu solat Selangor ubah mengikut daerah mulai 1 Januari 2027 – Mufti
November 25, 2026, 4:10 pm
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke, minta bercuti terlebih dahulu
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
November 25, 2026, 2:33 pm
