Berita Berita
Demi kualiti dan nutrisi terbaik, MARA cadang ambil alih semula penyediaan makanan di semua MRSM
KUALA LUMPUR 25 Nov – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai keupayaannya mengurus sendiri penyediaan makanan di dewan selera semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), yang kini dikendalikan kontraktor luar.
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata agensi itu pernah mengurus sendiri operasi berkenaan sebelum dasar penswastaan penyediaan makanan di MRSM diperkenalkan pada era 1990-an.
“Saya telah minta MARA buat kajian menyeluruh bagi mengambil alih semula semua operasi penyediaan makanan di Dewan Selera MRSM seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Asyraf berkata, kajian itu akan menilai bagaimana pengurusan secara langsung boleh menjamin kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada pelajar.
Katanya, kecukupan nutrisi dan kuantiti hidangan turut diteliti bagi memastikan keperluan pemakanan pelajar dipenuhi. Kajian itu juga memberi perhatian kepada kaedah pemantauan dan kawalan mutu supaya operasi penyediaan makanan dapat diurus dengan lebih berkesan.
Menurutnya, MARA turut akan menilai potensi penjimatan kos, termasuk melalui perolehan berpusat, dengan memastikan mutu makanan terpelihara.
Asyraf menegaskan kebajikan pelajar perlu menjadi pertimbangan utama dalam menentukan kaedah pengurusan dewan selera MRSM.
“Penyediaan makanan kepada anak-anak MRSM bukan semata-mata soal perniagaan, tetapi soal amanah, kebajikan dan tanggungjawab,” katanya.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 7:50 pm
'Mangsa sawan, lebam di muka' - Bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh
November 25, 2026, 7:03 pm
RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai esok
November 25, 2026, 6:18 pm
Mahkamah larang 5 pihak termasuk peguam bela keluar kenyataan kes Mohd Shuhaily
November 25, 2026, 4:23 pm
‘Transit di Malaysia sampai bila?’ - Syed Saddiq persoal penempatan pelarian ke negara ketiga
November 25, 2026, 4:17 pm
Jadual waktu solat Selangor ubah mengikut daerah mulai 1 Januari 2027 – Mufti
November 25, 2026, 4:10 pm
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke, minta bercuti terlebih dahulu
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
