Berita Berita
Mayat lelaki ditemui separuh tertanam di Nibong Tebal dikenal pasti sebagai warga Myanmar
NIBONG TEBAL, 27 Nov. – Polis mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui separuh tertanam di tebing tali air di Kampung Baru, Jalan Byram di sini Isnin lalu adalah warga Myanmar.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, identiti mangsa berusia lingkungan pertengahan 20-an itu dikenal pasti oleh adik lelakinya.
Menurutnya ketika dihubungi hari ini, mangsa dipercayai bekerja di Kuala Lumpur serta memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah sebelum datang ke Pulau Pinang untuk berjumpa seseorang.
Jay memaklumkan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Rizal Abd Rashid di talian 019-8282212 atau tampil ke balai polis berhampiran.
Terdahulu, mayat mangsa yang mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala ditemui orang awam kira-kira jam 11 malam Isnin lalu sebelum pemeriksaan awal forensik dan polis menemui kesan darah berhampiran lokasi kejadian dengan punca kematian disahkan akibat trauma objek tumpul di kepala. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
186,318 rumah baharu 'tak laku', dianggarkan hampir 40 bulan untuk habiskan stok
November 27, 2026, 3:42 pm
‘Solat adalah ibadah, jangan dibuat content’ – CEO Media Prima Audio mohon maaf, tegur dua DJ Fly FM
November 27, 2026, 3:28 pm
