Berita Berita
Kerajaan belanja RM800 juta naik taraf tandas awam, jumlah tertinggi dalam sejarah
KUALA LUMPUR 15 Nov – Perbelanjaan menaik taraf tandas awam di seluruh negara mencatatkan perbelanjaan tertinggi dalam sejarah apabila RM800 disalurkan kepada 11,397 kemudahan berkenaan dalam tempoh kurang dua tahun.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, kos yang dibelanjakan dalam usaha memajukan inisiatif ‘Tandas Awam BMW’ (Bersih, Menawan dan Wangi) ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kemudahan awam berkualiti dan selesa.
“Kebersihan ialah kewajipan kita semua, khususnya apabila negara akan mempengerusikan Asean (2025) serta (berlangsungnya) Tahun Melawat Malaysia (2026).
“Kebersihan tandas awam adalah antara penanda aras yang amat penting sekali untuk kita angkat bersama,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Anugerah ‘Toilet of the Year’ 2024 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, Nga turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM4 juta bagi projek rintis pembangunan tandas pintar di beberapa lokasi pelancongan utama.
Katanya, peruntukan tambahan itu akan disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Perbadanan Putrajaya.
“Ini menunjukkan tahun depan kita akan memperhebat lagi (usaha) supaya semua tandas awam di negara kita mencapai penanda aras ‘Tandas Awam BMW’,” katanya.
Menurut Nga, Anugerah ‘Toilet of the Year’ yang memasuki tahun kedua ini menyaksikan penyertaan meningkat 85%, dengan 657 penyertaan merangkumi tujuh kategori, berbanding lima kategori tahun lepas.
Justeru, katanya, untuk menggalakkan lagi penglibatan menyeluruh dalam usaha menjaga kebersihan tandas awam, Jemaah Menteri akan mengiktiraf anugerah tersebut sebagai acara tahunan.
Antara pemenang pelbagai kategori Anugerah ‘Toilet of the Year’ yang diumumkan pada majlis malam ini termasuk Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur; Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang; R&R Machap Arah Utara, Lebuh Raya PLUS, Kluang, Johor; dan BHPetrol Ladang Bikam Arah Utara, Sungkai, Perak.
Selain itu, Andaman Seafood Village, Kuala Lumpur; Tandas Awam MITC Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka; dan SMK Merbau, Miri Sarawak turut diiktiraf sebagai pemenang.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 8:38 am
RTM henti tayang episod ‘Santiago of the Seas’ dipercayai ada unsur LGBT
November 17, 2025, 10:20 pm
Henti guna istilah ‘tol Genting Highlands’, hanya caj kenderaan - Ahmad Maslan
November 17, 2025, 5:06 pm
KPKT nafi hidang arak dalam majlis, hanya ‘cucumber apple silder’
November 17, 2025, 4:41 pm
Razarudin sumbang RM30,000 kepada Pusat Autisme PDRM, guna wang saman dibayar Papagomo
November 17, 2025, 3:40 pm
Cikgu Agama dipenjara 7 tahun pegang pinggang murid 13 tahun dalam surau di Seremban
November 17, 2025, 2:47 pm
Fadlun Mak Ujud mula tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16
November 17, 2025, 2:42 pm
Ketibaan pelancong China ke Pulau Pinang melonjak 520 peratus
November 17, 2025, 2:38 pm
Dua lelaki didakwa bunuh wanita ditemukan tidak berpakaian di Seri Kembangan
November 17, 2025, 2:34 pm
Banyak pembangunan Sabah terbengkalai selepas pertukaran kerajaan – Tengku Adnan
November 17, 2025, 2:28 pm
