Berita Santai
Jangan ambil ringan dengan sakit gusi
KUALA LUMPUR 27 Dis – Penyakit gusi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan apabila ia sebenarnya boleh menjadi punca masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung.
Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan, semuanya bermula dengan sesuatu yang kecil seperti gejala gusi berdarah setiap kali memberus gigi dan kemudian mengalami bau mulut yang kuat dan gusi menjadi semakin bengkak.
“Apabila gusi dijangkiti, bakteria dapat menyebabkan keradangan kronik dalam saluran darah dan mencetuskan pembentukan plak dalam arteri, menyumbat saluran darah ke jantung.
“Seterusnya menyerang injap jantung, mengakibatkan jangkitan dan kerosakan injap jantung yang mengancam nyawa,” menurut hantaran PHM pada Facebook.
Justeru adalah diingatkan tidak mengabaikan masalah tersebut.
“Setiap kali anda menangguhkan pemeriksaan gigi, anda sebenarnya mengambil risiko untuk kesihatan jantung anda.
“Kesihatan mulut adalah lebih daripada sekadar menjaga gigi putih dan senyuman cantik. Ia adalah perisai untuk jantung anda,” ujarnya.
Berita berkaitan
July 20, 2026, 6:38 pm
100 tahun Piala Dunia - Edisi 2030 bakal jadi lebih menarik
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
