Berita Jenayah
Polis buru lelaki terlibat kes curi beg di food court Pusat Akuatik Seksyen 13 Shah Alam

Oleh AZRUL RADI
SHAH ALAM 9 Jan. - Polis giat memburu seorang suspek yang terlibat dalam kejadian kecurian beg di food court Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam, yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan kini tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, dalam kenyataan media memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha keras untuk mengesan dan menangkap lelaki berkenaan.
Kejadian itu dilaporkan oleh mangsa, seorang wanita yang merupakan pemilik gerai di kawasan tersebut, pada 2 Januari lalu.
Suspek dipercayai seorang lelaki berbangsa Melayu menaiki motosikal, dilihat mencuri beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi pelanggan di hadapan gerainya.
Ketika kejadian, mangsa sedang membuat persiapan membuka gerai dan tidak menyedari insiden itu sehingga mahu mengambil begnya semula. Mangsa mengalami kerugian RM200, melibatkan sebuah telefon bimbit dan wang tunai.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sjn Hanafi, di talian 010-3728932 bagi membantu siasatan.
Orang ramai turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan memastikan barangan berharga disimpan di tempat yang selamat bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am