Berita Jenayah
Guru positif dadah ditahan cabul 2 murid dalam rumah hantu di sekolah

MELAKA 9 Jan – Seorang guru lelaki ditahan selepas disyaki mencabul kehormatan dua murid perempuan berusia 12 tahun di dalam kawasan sebuah sekolah di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 44 tahun itu dijalankan susulan laporan polis dibuat pengadu yang juga guru besar sekolah berkenaan kira-kira pukul 12.48 tengah hari semalam.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku di dalam sebuah rumah hantu yang dibuka dalam kawasan sekolah sempena Hari Karnival Sekolah yang akan berlangsung Sabtu ini.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki di sebuah rumah di Paya Rumput kira-kira pukul 10.25 malam, semalam. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
“Suspek yang telah berkahwin ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 14 Januari bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambah Md. Nazri, siasatan awal mendapati suspek mempelawa kedua-dua mangsa memasuki rumah hantu sebelum bertindak mencabul mereka dari arah belakang.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am