Berita Jenayah
PGA rampas 88 guni 'bundle' seludup dari Thai bernilai lebih RM1 juta di Pengkalan Kubor

TUMPAT 14 Jan - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai pakaian terpakai atau 'bundle' bernilai RM1.02 juta di Jalan Baru Pengkalan Kubor di sini, kelmarin.
Rampasan pda 4.30 petang itu dilakukan Batalion 8 PGA selepas menahan sebuah lori Isuzu yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemukan 88 guni barang 'bundle' seperti pakaian, kasut dan beg tanpa dokumen sah.
"Barangan terbabit dipercayai diseludup dari Thailand untuk dijual di pasaran di sini. Pada masa sama kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun untuk siasatan lanjut.
"Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM1.02 juta termasuk nilai kenderaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Ros Azhan berkata, pihaknya turut merampas empat lembu bernilai RM39,000 di tebing sungai di pangkalan haram Kerdap, Rantau Panjang.
"Rampasan dilakukan selepas mengesan dua lelaki sedang memindahkan lembu berkenaan, namun mereka berjaya melarikan diri.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am