Berita Jenayah
Lelaki tergamak bunuh ibu saudara gara-gara enggan jaga orang tua

BINTULU 17 Jan - Seorang warga emas maut dipercayai dibunuh anak saudaranya bersama rakan suspek warga asing di kediaman mangsa di Tubau, Sebauh malam kelmarin.
Siasatan awal polis mendapati motif disebabkan suspek enggan menjaga mangsa yang juga seorang wanita berusia 80 tahun yang sudah tua dan uzur.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, berkata pihaknya menerima makluman berhubung kejadian jam 8 malam sebelum menahan kedua-dua suspek pada jam 9 malam.
Beliau berkata mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan.
Katanya, kedua-dua suspek ditahan di kawasan berhampiran dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am