Berita Jenayah
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap anak tiri

SUBANG JAYA 18 Jan. - Polis menahan seorang lelaki disyaki melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya pada Isnin.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek ditahan di rumahnya di Batu 13, Jalan Puchong di sini.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, mangsa yang berusia 15 tahun bertindak memberitahu ibunya berusia 31 tahun mengenai perbuatan suspek, 36, yang mencabulnya.
"Hasil siasatan awal, mangsa pernah memberitahu ibunya bahawa suspek pernah melakukan perbuatan seumpama itu pada 2021.
"Namun begitu lelaki itu merayu dan berjanji tidak akan menyentuh mangsa menyebabkan wanita terbabit tidak membuat laporan polis," katanya.
Menurut beliau, pada 9 Januari lalu, mangsa memberitahu kepada ibunya bahawa suspek melakukan perbuatan sama ketika wanita itu keluar bekerja.
"Susulan itu, ibunya tekad membuat laporan di Balai Polis Putra Height untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Sabtu.
Katanya, suspek telah ditahan reman selama seminggu sehingga Isnin bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. - Sinar Harian
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am