Berita Jenayah
Polis siasat individu guna gelaran Datuk Seri palsu

KUALA LUMPUR 22 Jan - Polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan isu itu di media sosial semalam membabitkan seorang individu bergelar Datuk Seri palsu yang dikatakan memberikan rawatan Ayurveda di Bandar Puchong Jaya, Puchong tanpa lesen dan pengiktirafan pihak berkuasa.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017, atas kesalahan menggunakan anugerah tidak diiktiraf,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anbalagan berkata Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menyerbu premis terbabit semalam dan mengesahkan tidak mempunyai lesen sah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan perkhidmatan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan.
“Tindakan notis dan sitaan telah dibuat MBSJ. Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya. - Bernama
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am