Berita Jenayah
Wanita dakwa ada pihak 'edit' gambarnya jadi bogel, dijual di laman sosial RM18 sekeping

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berkait seorang wanita tempatan mendakwa gambarnya disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.
Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata pihaknya menerima laporan kes itu pada 4.13 petang, Isnin lalu.
“Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dimuat naik di satu aplikasi laman sosial dan dijual RM18 sekeping,” katanya dalam kenyataan.
Shahrulnizam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am