Berita Jenayah
11 lelaki bertopeng pecah rumah, dua mangsa cedera parah ditetak dengan parang di Puchong

SUBANG JAYA 27 Jan – Dua lelaki cedera parah akibat ditetak dengan parang oleh 11 lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka di Jalan Bunga Melur, Batu 14 Puchong, di sini, tengah malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya setakat ini berjaya menahan enam suspek berusia 23 hingga 28 tahun serta sebilah parang pukul 8 malam semalam.
Katanya, 11 lelaki bertopeng dipercayai membawa beberapa bilah parang datang dengan menaiki tiga kereta sebelum membuka pagar serta pintu rumah yang tidak berkunci dan terus berlari masuk ke dalam rumah tersebut.
“Suspek terus menyerbu mangsa lelaki tempatan berusia lingkungan 31 tahun dan 38 tahun yang sedang berada di ruang tamu dan terus menetak mangsa berkali-kali menggunakan parang.
“Kemudian, kesemua suspek terus melarikan diri menaiki kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang cedera parah pada bahagian badan, kaki, tangan serta beberapa bahagian badan lain dikejarkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Hasil siasatan mendapati suspek yang bertopeng muka dan bersenjatakan pisau panjang lebih kurang enam inci telah masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian yang berlaku,” jelasnya.
Tambahnya, enam suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah dan rekod narkotik lampau.
“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari mulai 27 Januari hingga 29 Januari bagi siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 394/326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan,” katanya lagi.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini supaya tampil menyalurkan maklumat dan memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627222 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau Pegawai Penyiasat, ASP Khairulazizi Ismail di talian 019-2817820.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am