Berita Jenayah
Wanita warga emas cedera disamun depan rumah di Skudai

JOHOR BAHRU 30 Jan. - Seorang wanita warga emas berusia 60 tahun mengalami kecederaan ringan selepas disamun tiga lelaki di hadapan rumahnya di Taman Skudai Baru, Skudai, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan pada jam 8.06 malam daripada mangsa yang mendakwa diserang menggunakan perenjat elektrik (taser).
"Siasatan mendapati mangsa berada di luar pagar rumahnya sebelum dihampiri tiga suspek yang menunggang dua motosikal. Salah seorang daripada mereka menarik beg tangan mangsa sambil mengacukan senjata dipercayai perenjat elektrik bagi memaksanya menyerahkan beg tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pergelutan berlaku antara mangsa dan suspek sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh. Penjenayah kemudiannya melarikan diri dengan barang berharga bernilai kira-kira RM1,500. Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.
Menurut Balveer Singh, pihak polis kini giat memburu ketiga-tiga suspek. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan menggunakan senjata serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata di tempat awam tanpa kebenaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada, tidak mendedahkan barangan berharga secara terbuka, dan menggunakan laluan selamat bagi mengelakkan kejadian samun.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.
Terdahulu, kejadian samun ini tular di media sosial melalui rakaman video berdurasi satu minit lapan saat yang memaparkan insiden tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am