Berita Jenayah
Wanita rugi RM95,180 ditipu tawaran kurangkan hukuman suami

SHAH ALAM 30 Jan. - Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM95,180 selepas terpedaya dengan tawaran bantuan untuk mengurangkan hukuman yang dihadapi suaminya di mahkamah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata mangsa yang berusia 33 tahun dan bekerja di sebuah syarikat penerbangan telah bertemu dengan seorang wanita pada Disember 2024, yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Siasatan awal mendapati suspek telah beberapa kali berjumpa dengan mangsa dan meyakinkannya bahawa dia mampu membantu mengurangkan hukuman suaminya.
"Akibat mempercayai tawaran itu, mangsa bersetuju dan membuat pembayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank yang diberikan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, setelah menyedari bahawa suspek tidak menunaikan janjinya, mangsa tampil membuat laporan polis pada Isnin lalu di sekitar Kajang.
Susulan laporan itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
"PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang tawaran yang mencurigakan dan merujuk kepada pihak berkuasa sebelum mengambil sebarang tindakan," tambah Hussein. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am