Berita Jenayah
Dua lelaki cedera dirempuh kenderaan dipandu melulu di depan kelab malam

PETALING JAYA 30 Jan. - Polis mengesahkan dua lelaki cedera selepas dirempuh kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam.
Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan sebuah Toyota Hilux dan Toyota Vios dipandu secara agresif ke arah sekumpulan individu yang bertempiaran lari. Rakaman itu turut memaparkan beberapa orang dilanggar sebelum salah satu kenderaan berpatah balik dan melanggar motosikal yang diletakkan di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun mengenai kejadian tersebut.
"Pengadu melihat dua kenderaan terbabit keluar dari bangunan tempat letak kereta dan dipandu secara melulu di hadapan Kelab Top Plus.
"Kenderaan itu melanggar sekumpulan lelaki, menyebabkan dua orang mengalami kecederaan, dengan salah seorang mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, setakat ini, semua mangsa masih belum membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, atau sehingga 20 tahun jika menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Brickfields di 03-2297 9222, atau mana-mana balai polis berdekatan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am