Berita Jenayah
Penyeludup lari tinggalkan rakan, 650 liter petrol dirampas

TUMPAT 31 Jan. - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan bertindak melarikan diri selepas terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, meninggalkan rakannya bersama kenderaan yang sarat dengan petrol di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu, malam kelmarin.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, berkata dalam operasi yang dijalankan pada jam 9.50 malam itu, pihaknya berjaya merampas 26 tong plastik berisi 650 liter petrol yang dimuatkan dalam sebuah kereta Proton Saga Aeroback.
“Sewaktu serbuan, seorang lelaki sedang mengisi minyak. Namun, selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa KPDN, dia cuba melawan sebelum bertindak melarikan diri.
“Kami berjaya menahan seorang lagi individu yang berada dalam kenderaan tersebut bersama 26 tong plastik yang diisi petrol, yang diletakkan di dalam but dan tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Petrol Subsidi Disyaki Untuk Diseludup ke Thailand
Selain itu, pihak KPDN turut merampas sebuah pam penyedut minyak, hos paip lutsinar serta beberapa dokumen berkaitan transaksi pembelian petrol bersubsidi pada hari kejadian.
Menurut Azman, hasil risikan mendapati kenderaan tersebut telah digunakan untuk membeli petrol dalam kuantiti besar di beberapa stesen minyak sekitar Tumpat, Pasir Pekan, dan Kota Bharu.
“Soal siasat terhadap lelaki berusia 27 tahun yang ditahan mendedahkan bahawa petrol itu akan diseludup ke Thailand melalui Sungai Golok di Pengkalan Kubor.
“Suspek yang mengaku sebagai kelindan turut menyangka pihak berkuasa tidak akan melakukan rondaan sempena cuti perayaan,” tambahnya.
Stesen minyak yang terlibat juga sedang disiasat kerana disyaki bersubahat dalam aktiviti ini, dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am