Berita Santai
Meriah! Jakel Himpun 10 Duta Popular dalam meet & greet
SHAH ALAM 3 Feb. - Jakel Trading Sdn. Bhd. bakal menganjurkan sesi Meet & Greet bersama 10 duta terkenal di bangunan Jakel, Shah Alam baru-baru ini. Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan artis dan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta rasmi jenama berkenaan.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan acara tersebut termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad sekeluarga, Cik Epal, dan Elly Mazlein. Turut hadir ialah anggota kumpulan pelawak Senariounion, Anzalna sekeluarga, serta watak animasi popular Upin & Ipin dan tiktoker Sallywho.
Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel, berkata program yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 2 petang itu bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan jenama Jakel serta memperkenalkan koleksi pakaian terbaru sempena Aidilfitri tahun ini.
“Kami berharap para pelanggan serta peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025. Selain itu, pengunjung juga boleh bergambar bersama mereka,” katanya.
Selain sesi bertemu peminat, Jakel turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk kuiz interaktif yang menawarkan hadiah istimewa kepada pengunjung. Pelanggan yang hadir juga berpeluang mendapatkan kupon diskaun untuk pembelian baju raya serta koleksi fesyen terkini bagi semua peringkat umur.
Untuk memastikan keselesaan pengunjung, Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma. Malah, perkhidmatan buggy turut disediakan bagi memudahkan pergerakan warga emas dan golongan kurang upaya dari kawasan parkir ke bangunan utama.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Pemasaran Jakel Cawangan Shah Alam, Encik Saiful Azlan, di talian 011-1650 3922. - Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2026, 6:38 pm
100 tahun Piala Dunia - Edisi 2030 bakal jadi lebih menarik
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
