Berita Jenayah
PGA rampas 625 kilogram belut diseludup di Tumpat

TUMPAT 4 Feb. - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa berjaya merampas 25 guni berisi belut yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan dalam serbuan di pangkalan haram Simpangan pada Ahad.
Dalam operasi yang dijalankan pada jam 11 malam itu, sebuah pikap jenis Toyota Hilux ditahan selepas dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa penugasan Op Taring Wawasan. Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan belut seberat 625 kilogram dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM18,750.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid, memaklumkan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.
Beliau menegaskan bahawa PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan negara. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am