Berita Jenayah
Mayat lelaki dalam keadaan terlungkup ditemui dalam tangki simpanan air di Pulau Pangkor

LUMUT 4 Feb – Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, kira-kira pukul 3.15 petang tadi, Balai Polis Pangkor menerima maklumat mengenai penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air dari orang awam.
“Pihak polis dari Balai Polis Pangkor telah hadir ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tersebut bagi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian menemui seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya.
Hasbullah berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menyalurkannya ke Balai Polis Pangkor atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 dan hotline WhatsApp 014-6828005.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am