Berita Jenayah
Lelaki bakar kereta Toyota Vios ditahan selepas empat hari melarikan diri

JOHOR BAHRU 5 Feb. - Seorang lelaki yang terlibat dalam insiden tular membakar sebuah kereta Toyota Vios berjaya ditahan polis selepas empat hari melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditangkap di Bukit Pasir, Batu Pahat pada pukul 12.20 tengah malam tadi.
"Polis turut merampas sebuah Toyota Vellfire yang digunakan suspek semasa kejadian.
"Bertindak atas maklumat, pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama D7 Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah Batu Pahat telah melakukan dua serbuan di Bukit Pasir, Batu Pahat dan Taman Sri Tebrau," katanya.
Hasil serbuan tersebut, suspek berjaya diberkas bersama barang bukti. Suspek kini direman selama tujuh hari, bermula hari ini sehingga 11 Februari bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, polis mengesahkan sedang memburu suspek berhubung kes khianat yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Tebrau, berhampiran Hospital Columbia, pada pukul 10.20 malam, Ahad lalu.
Rakaman video berdurasi 28 saat yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki menyimbah petrol ke atas sebuah Toyota Vios putih sebelum membakarnya. Kenderaan itu dimiliki seorang wanita tempatan berusia 21 tahun.
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai suami kepada mangsa dan bertindak sedemikian akibat perselisihan faham dalam rumah tangga. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan suspek muncul secara tiba-tiba, menyekat kenderaan mangsa sebelum menyimbah petrol dan membakarnya.
Selepas kejadian, suspek melarikan diri menaiki Toyota Vellfire sebelum akhirnya ditahan pihak berkuasa. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am