Berita Jenayah
Kadar jenayah akan menurun jika masalah dadah dapat dibendung di Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan menegaskan bahawa usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah dianggap sebagai satu bentuk jihad dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, beliau yakin sekiranya masalah dadah dapat dibendung, kadar jenayah di negeri ini akan menurun dengan ketara.
"Hasil pemantauan sepanjang 100 hari saya bertugas sebagai Ketua Polis Kelantan, didapati kebanyakan jenayah di negeri ini berpunca daripada penyalahgunaan dadah.
"Maklumat ini diperoleh berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan jenayah," katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Rabu lalu.
Beliau menegaskan bahawa operasi memerangi dadah perlu dipertingkatkan bagi mengekang jenayah daripada terus berleluasa.
"Jika isu dadah dapat dikawal, secara asasnya kadar jenayah akan berkurangan. Pil kuda atau yaba merupakan antara jenis dadah yang paling banyak disalahgunakan di negeri ini," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am