Berita Jenayah
Enam individu termasuk remaja 17 tahun ditahan curi barang kemas RM157,600

JOHOR BAHRU 7 Feb – Polis menahan enam individu yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian barang kemas bernilai RM157,600 di sebuah kediaman di Taman Harmoni, Skudai, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata laporan mengenai kehilangan barang kemas itu dibuat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun pada 11.17 malam, selepas menyedari kehilangan tersebut sekitar jam 8 malam.
“Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara melancarkan operasi dari Isnin hingga Rabu lalu, dan berjaya menahan enam suspek di sekitar Skudai.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki berusia antara 17 hingga 18 tahun serta dua wanita berusia 35 dan 42 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Barang Kemas Dirampas, Suspek Tiada Rekod Jenayah
Dalam operasi itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk tujuh keping resit pajak gadai serta pelbagai barang kemas yang dianggarkan bernilai RM70,000.
Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kesemua mereka kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am