Berita Jenayah
Cikgu kaunseling didakwa cabul murid lelaki, miliki 180 bahan lucah kanak-kanak

SEREMBAN 7 Feb – Seorang guru kaunseling didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan amang seksual serta memiliki 180 gambar dan video penganiyaan seksual dalam kejadian kira-kira dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Kharulnizam Muslin, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadapnya.
Dalam laporan Kosmo, bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal kepada pelajar lelaki (individu berlainan) yang ketika itu berusia 11 tahun yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai guru kaunseling.
Perbuatan bagi pertuduhan pertama kira-kira pukul 4 petang, September 2023 dan pertuduhan kedua pula kira-kira pukul 1 tengah hari pada awal hingga akhir Mei tahun yang sama.
Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukan di bilik kaunseling sebuah sekolah rendah di daerah ini.
Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.
Bagi pertuduhan ketiga pula, didapati dalam milikan tertuduh komputer riba mengandungi 180 gambar dan video penganiayaan seksual kanak-kanak.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Warisan Puteri pada 12 Disember 2023.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang lain berserta syarat tambahan lapor diri di balai polis berhampiran serta tidak menganggu mangsa dan semua saksi.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am