Berita Jenayah
Lelaki dijel 40 bulan pukul isteri hamil dengan tukul besi, pengikis simen

KUALA TERENGGANU 11 Feb – Perbuatan kejam seorang peniaga keropok lekor memukul isterinya yang hamil dua bulan dengan tukul besi dan pengikis simen minggu lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 40 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memutuskan demikian selepas tertuduh, Ahmad Isma Mirza Ahmad Zarir, 32, membuat pengakuan bersalah atasx pertuduhan yang dihadapinya.
Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Isma Mirza didakwa mencederakan isterinya dengan menggunakan tukul besi dan pengikis simen.
Dalam laporan Kosmo Online, Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Taman Desa Baruh, Tanjong Damai, Kuala Nerus pada pukul 11.30 malam, 3 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pemdakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am