Berita Jenayah
Warga emas didakwa lakukan seks luar tabii terhadap cucu berusia enam tahun

SEREMBAN 14 Feb - Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap cucu tirinya yang berusia enam tahun, awal bulan ini.
Tertuduh yang berusia 60 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat jika disabitkan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak sama dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan pada waktu pagi di sebuah rumah di Kampung Gentam, Kuala Pilah antara Januari hingga Februari.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan sebarang jaminan, namun jika mahkamah membenarkannya, dia memohon supaya jaminan tinggi dikenakan dengan syarat tambahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu wang jaminan yang rendah kerana tiada pekerjaan tetap dengan anggaran pendapatan RM1,000 sebulan dan tinggal bersama isteri.
Bertanya hubungan mangsa dengan tertuduh, Nurul Balkis memberitahu Surita, bahawa warga emas itu adalah datuk tiri kepada kanak- kanak berkenaan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan, menyerahkan pasport sehingga kes selesai, tidak mengganggu saksi dan mangsa serta memberi kerjasama kepada polis sekiranya diperlukan.
Sebutan semula pada 19 Mac.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am