Berita Jenayah
4 polis cedera diamuk, penyerang berparang mati di hospital di Sungai Petani

SUNGAI PETANI 15 Feb - Empat anggota polis cedera diserang ketika proses menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Utama, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata dalam proses menangkap lelaki berusia 32 tahun itu, suspek menghayunkan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan dalam usaha untuk mempertahankan diri.
Beliau berkata, kesemua anggota polis terbabit berusia antara 30 hingga 50-an yang mengalami cedera di kepala, tangan, bahu dan pinggul.
"Bagaimanapun, dua anggota polis yang berusia 40-an dan 50-an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) manakala dua lagi anggota yang berusia 20-an sudah dibenarkan keluar hospital.
"Suspek pula dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.04 pagi tadi dan laporan bedah siasat terhadapnya belum diperoleh setakat ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Wan Azharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am