Berita Jenayah
Suspek kes tembak dalam pusat beli belah di Setia Alam ditembak mati di Pulau Ketam

KUALA LUMPUR 18 Feb - Suspek kes tembak di pusat beli-belah Setia Alam, Shah Alam pada 8 Februari lalu, ditembak mati di Pulau Ketam, Klang Selatan, awal pagi tadi.
Lelaki tempatan berusia 30-an itu terkorban dalam satu operasi yang melibatkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 3 pagi.
Pada masa ini, masih belum dipastikan sama ada suspek berada di pulau tersebut kerana bersembunyi selepas diburu polis sejak kejadian tembakan pada 8 Februari, atau jika dia cuba melarikan diri ke luar negara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa suspek yang merupakan penjenayah dikehendaki maut dalam kejadian tembak-menembak dengan polis semasa serbuan di Pulau Ketam.
"Semasa serbuan, berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dan suspek di sebuah bilik hotel. Pasukan polis berjaya menembak mati lelaki itu dan menemui dua senjata api bersama peluru," katanya dalam kenyataan.
Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah, termasuk kes dadah, tujuh kes samun, dan dipercayai terlibat dalam insiden tembakan di Setia City Mall.
Mayat suspek dijangka dibawa ke jeti di Pelabuhan Klang selepas siasatan dan pemeriksaan Unit Forensik Polis selesai.
Maklumat mengenai lokasi suspek diperoleh melalui siasatan dan risikan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) selepas kejadian tembakan pada 8 Februari.
Dalam kejadian itu, suspek dilapor melepaskan empat das tembakan terhadap seorang tukang cuci di pusat beli-belah Setia Alam, sebelum melarikan diri dan mencuri sebuah kereta Perodua Ativa milik seorang pengunjung.
Suspek akhirnya melepaskan mangsa dan melarikan diri.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am