Berita Santai
Jakel kembali dengan Meet & Greet, pelanggan berpeluang dapat baucar diskaun raya!
KUALA LUMPUR – Gedung tekstil terkemuka, Jakel, sekali lagi menganjurkan acara Meet & Greet bersama duta jenamanya di Jakel Mall hari ini selepas sambutan luar biasa di Shah Alam pada 31 Januari lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata acara ini diteruskan bagi memberi peluang kepada pelanggan yang terlepas mendapatkan baucar diskaun pembelian baju Raya Aidilfitri sebelum ini.
“Kami teruja dengan sokongan luar biasa yang diterima sejak pengumuman duta Jakel dua minggu lalu. Namun, ramai pelanggan yang tidak berkesempatan mendapatkan baucar, jadi kami anjurkan semula acara ini bagi menghargai mereka.
“Kali ini, pelanggan berpeluang menerima baucar diskaun tambahan 20 peratus yang akan diedarkan sendiri oleh duta-duta kami,” katanya.
Acara ini akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Fattah Amin, Amira Othman, Elly Mazlein, Anzalna dan keluarga, serta Cik Epal. Turut serta, kumpulan Senariounion, Upin & Ipin, tiktoker Sallywho dan pasangannya.
Bagi keselesaan pelanggan, ruang niaga di aras tiga Jakel Mall kini diperluaskan dengan koleksi baharu pakaian sedondon untuk remaja, kanak-kanak dan ibu.
“Kami ingin memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli-belah terbaik dengan ruang lebih kondusif, koleksi terkini, fabrik berkualiti, serta kemudahan seperti parkir luas, tandas dan tempat solat,” tambahnya.
Selain itu, Jakel turut memperkenalkan Easy Payment bersama Maybank, Affinbank, RHB Bank dan Bank Rakyat, membolehkan pelanggan membayar secara ansuran lima atau sepuluh bulan bergantung kepada jumlah pembelian.
Dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan, Jakel juga mengambil 5,000 kakitangan sambilan di seluruh negara, termasuk 1,500 di Jakel Mall, dan mengalu-alukan pelajar serta lepasan sekolah untuk menyertai mereka sepanjang Ramadan.
Dengan tema "Jakel, Barulah Raya", acara ini dijangka terus mencuri perhatian pelanggan setia yang ingin tampil bergaya di Aidilfitri nanti. - Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2026, 6:38 pm
100 tahun Piala Dunia - Edisi 2030 bakal jadi lebih menarik
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
