Berita Jenayah
Imam Rohingya didakwa cabul budak lelaki berusia 9 tahun dalam masjid

KOTA BHARU 19 Feb – Seorang imam etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dengan mencabul seorang kanak-kanak lelaki di sebuah masjid di Kampung Paya Bemban di sini pada minggu lalu.
Tertuduh, Solim Abdul Jalil, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun lapan bulan semasa waktu solat asar di sebuah masjid di Kampung Paya Bemban di sini kira-kira pukul 5 petang pada 12 Februari lalu.
Solim didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Fikri Muhamad.
Mahkamah kemudian tidak menawarkan jaminan selain menetapkan 19 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am