Berita Jenayah
Pemandu lori nekad lompat keluar sebelum rempuh rumah di Melaka

MELAKA 20 Feb. - Seorang lelaki bertindak nekad melompat keluar dari lori lima tan yang dipandunya sebelum kenderaan itu merempuh sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, selepas dikejar anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejauh 25 kilometer, petang semalam.
Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang apabila pemandu berusia 27 tahun itu enggan berhenti ketika diarahkan anggota JPJ di Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (SPA).
“Berlaku insiden kejar-mengejar hampir sejam sebelum pemandu bertindak melompat keluar dari lori, menyebabkan kenderaan bergerak tanpa kawalan dan merempuh pagar, tembok rumah, serta sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton,” katanya.
Pemandu berkenaan akhirnya berjaya ditahan dengan bantuan penduduk setempat. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Menurut Muhammad Firdaus, semakan mendapati lori tersebut mempunyai lapan saman lampau yang sudah diselesaikan. Bagaimanapun, pemandu kini dikenakan lima notis saman baharu atas kesalahan seperti tidak memiliki Lesen CDL dan GDL, tidak mematuhi lampu isyarat merah, serta memandu secara cuai. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am