Berita Jenayah
PDRM bongkar kilang haram proses E-waste dibiaya warga asing

KUALA LUMPUR 20 Feb - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat kilang haram yang memproses bahan sisa elektronik (e-waste) di negara ini yang dibiayai oleh warga asing, hasil serbuan dalam Ops Hazard pada 15 Februari lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, berkata siasatan mendapati kilang tersebut didaftarkan atas nama warga tempatan, namun dikendalikan oleh warga asing.
Menurut Azmi, semasa serbuan di Sungai Siput, Perak, PDRM menemui seorang pekerja warga China berumur 56 tahun yang bekerja di kilang itu sebagai saintis.
Pekerja tersebut telah berkhidmat selama setahun di kilang terbabit, yang bertanggungjawab menganalisis bahan e-waste dan memisahkan logam-logam berharga seperti emas, tembaga, timah, kuprum, dan aluminium pada gred tertentu.
“Individu ini memiliki kepakaran dalam menganalisis kualiti udara, air, dan kepanasan semasa proses peleburan dan penguraian e-waste,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, dan Timbalan Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Azmi turut menjelaskan bahawa pihak polis tidak menolak kemungkinan kilang haram ini dimiliki oleh warga tempatan namun dibiayai oleh pihak luar. Siasatan lanjut kini sedang dijalankan oleh PDRM dan JAS.
Selain itu, beliau berkata sindiket dipercayai membawa masuk bahan e-waste dari luar negara melalui pelabuhan menggunakan laluan laut.
Hasil soal siasat mendapati bahawa e-waste tersebut dihantar menggunakan kontena melalui darat ke kilang haram untuk diproses.
Setelah diproses, bahan e-waste yang telah diubah menjadi jongkong seperti besi, timah, dan tembaga dieksport semula ke luar negara.
Azmi menjelaskan bahawa proses ini melibatkan pemisahan logam berharga tanpa lesen yang sah daripada JAS, walaupun bahan-bahan tersebut mempunyai nilai kitar semula yang tinggi, antara RM150 hingga RM400,000 sekilogram.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am