Berita Jenayah
Polis buru lelaki OKU larikan diri selepas tetak leher bapa

KANGAR 25 Feb – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai menetak leher bapanya dalam kejadian di Kampung Padang Besar Selatan, di sini malam ini.
Menurut sumber, laporan berhubung insiden itu diterima kira-kira pukul 8.26 malam di Balai Polis Kuala Perlis oleh waris mangsa.
“Suspek yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental bertindak menetak bapanya sebelum melarikan diri ke arah Kampung Pak Lengah,” katanya dalam laporan Kosmo.
Sumber itu berkata, pasukan siasatan jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar kini sedang mempergiat usaha memburu suspek bagi membantu siasatan.
“Mangsa kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), termasuk menjalani imbasan CT dan rawatan kecemasan,” katanya.
Tambahnya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk segera menghubungi IPD Kangar bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 4:11 pm
Suspek pecah rumah ditahan, warga emas rugi lebih RM300,000
April 29, 2025, 11:51 am
Kantoi rakam gambar aib remaja dalam pasar raya, 'pak guard' ditahan polis
April 29, 2025, 11:41 am
(VIDEO) Polis buru dua lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan
April 29, 2025, 11:34 am
Pesara rugi lebih RM100,000 terjerat skim pelaburan dikaitkan suami selebriti bergelar Datuk Seri
April 29, 2025, 9:12 am
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
April 28, 2025, 1:17 pm
Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu selama tiga tahun hingga mangsa trauma
April 28, 2025, 11:59 am
Polis tumpas sindiket loteri tanpa lesen, rampas wang tunai RM110,119 di Ipoh
April 27, 2025, 9:43 am
Dua beranak ditemui mati membusuk di Semenyih, disyaki dibunuh
April 26, 2025, 11:51 am