Berita Santai
Pengumuman Ramadan: Warna Baju Melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jadi tumpuan
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Setiap kali menjelang bulan Ramadan, rakyat Malaysia terutama umat Islam menantikan pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengenai tarikh permulaan puasa.
Pengumuman yang dibuat pada malam ini bukan sahaja dinanti-nantikan, malah warna baju Melayu yang akan dipakai oleh beliau turut menjadi perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.
Syed Danial dikenali kerana tradisinya mengenakan baju Melayu lengkap dengan warna yang berbeza setiap tahun ketika membuat pengumuman penting ini. Perkara tersebut mencetuskan spekulasi dan teka-teki dalam kalangan netizen yang ingin mengetahui pilihan warna beliau pada tahun ini.
Tarikh melihat anak bulan Ramadan jatuh pada petang ini, bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah. Proses cerapan akan dijalankan di 29 lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara, termasuk Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail di Pontian, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka, dan Menara Kuala Lumpur.
Majlis Raja-Raja telah menetapkan bahawa penentuan tarikh awal Ramadan dibuat berdasarkan kaedah rukyah dan hisab. Pengumuman rasmi mengenai tarikh permulaan puasa akan disampaikan malam ini oleh Syed Danial, dengan perhatian bukan sahaja tertumpu pada tarikh yang diumumkan tetapi juga pada warna baju Melayu yang menjadi identitinya setiap tahun. - Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2026, 6:38 pm
100 tahun Piala Dunia - Edisi 2030 bakal jadi lebih menarik
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
